Ahad, 1 Jun 2014

IKON JUTAWAN LUARBIASA MALAYSIA

IKON JUTAWAN LUARBIASA MALAYSIA
 



Pendahuluan
Saya terpanggil untuk menulis Tajuk ini pada Jam 9.00 pagi Hari Jumaat , 16 Mei 2014.Saya begitu teruja untuk berkongsi dengan para pembaca tentang 2 individu berstatus Jutawan yang tidak tahu membaca.Saya seolah-olah tercabar dengan kejayaan 2 individu ini kerana seperti anda dan saya, kita tahu membaca.Sebelum menulis tajuk , saya membuat sedikit penyelidikkan untuk mengetahui rahsia kejayaan individu ini.Berdasarkan pengetahuan asas saya dalam ilmu perniagaan yang pernah saya pelajari semasa menyertai Kursus Keusahawan anjuran MEDEC pada tahun 1999, maka ianya membantu saya meramal rahsia kejayaan 2 individu ini.Tan Sri Loh Boon Siew yang terkenal merupakan salah seorang Jutawan Terawal semasa era Negara Malaysia baru Merdeka ( 1957 ) manakala Puan Jennifer Tan Jutawan Senyap pada tahun 2014  yang ketika itu berusia 47 tahun.Diharap tulisan ini boleh memberi manafaat kepada para pembaca dan sekurang-kurangnya memberi inspirasi serta motivasi.Semuga Kita semua mampu mencapai impian hidup.Kini saya juga sedang belajar ilmu perniagaan dengan Puan Jennifer Tan.
D.H. Mil Rahman Biok

Syarat Utama Membaca Tulisan ini
 Antara syarat utama membaca tulisan ini adalah anda wajib berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif anda akan mendapat manafaat daripada tulisan ini.

Kata-Kata Cendikiawan.
“ Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri China”. Ada yang mengatakan ungkapan ini dari mulut Baginda Rasullulah saw. Namun para  ilmuan islam masa kini masih tidak dapat mengesahkannya.Keturunan Cina memang terkenal dengan penguasaan bidang perniagaan dan barangan buatan dari Negara China boleh didapati di mana-mana Negara .Maka tidaklah salah bagi diri saya bahawa Keturunan Cina amat pakar dalam bidang perniagaan dan mentor terbaik untuk setiap individu yang ingin masuk dalam bidang perniagaan.

Tan Sri Loh Boon Siew ( Jutawan Terkenal )
Biodata  berkenaan Tan Sri Loh Boon Siew agak ringkas saya tuliskan kerana mendiang meninggal dunia pada tahun 1995 dan saya tidak pernah bertemu dengan beliau. Pada hari ini, nama mendiang biasanya akan terpampang pada setiap motorsikal Honda yang dipasang di Malaysia.Beliau memulakan perniagaan dengan tidak tahu membaca .Perniagaan Beliau yang pertama adalah  bidang pengangkutan awam iaitu Bas.Semasa Beliau melancong ke Jepun, beliau mendapat ilham untuk menjual motorsikal.Setelah berunding dengan Pihak Pengeluar kenderaan Honda, beliau Berjaya mendapat lantikkan sebagai agen tunggal menjual kenderaan jenama Honda  di Malaysia hingga ke hari ini.Pada masa perbincangan dengan Pihak pengeluar Kereta Honda beliau masih tidak tahu membaca.Sebelum bergelar usahawan, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew merupakan seorang pekerja mencuci bas.

Puan Jennifer Tan ( Jutawan Senyap )
Biodata puan Jennifer Tan ini saya tulis agak panjang kerana saya pernah bertemu dengan beliau pada Mac 2014 manakala maklumat yang tepat ini lebih mendorong saya menceritakan tentang beliau. Beliau lahir pada tahun 1967 dan berasal dari Lukut, Negeri Sembilan. Salah satu yang amat dikagumi adalah wanita ini  Cuma mengambil masa selama 8 tahun untuk bergelar Jutawan.Tidak seperti Tan Sri Loh Boon Siew, Puan Jennifer Tan tidak begitu terkenal.Kini Beliau memilki sebuah syarikat kecil dan hanya seorang kerani menyimpan Data  tetapi berpendapatan Jutaan ringgit sebulan.Suaminya bernama En. Sonny dan merupakan orang yang membantunya dan menjelaskan sebarang dokumen yang ingin diketahui oleh Puan Jennifer. Bidang perniagaan yang beliau jalankan adalah produk kesihatan dan kecantikkan yang dipasarkan oleh syarikat SNE Marketing Sdn. Bhd. Seperti juga Tan Sri Loh Boon Siew, Puan Jennifer Tan juga tidak tahu membaca samada huruf rumi atau tulisan cina dan juga kurang mahir bercakap melayu pada awalnya.Hanya berpendidikan sekolah rendah dan terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan. Sebelum menjadi seorang Usahawan Produk kesihatan & kecantikkan, beliau merupakan seorang buruh kasar yang mahir memasang jubin lantai.Hasil perkongsian hidup bersama suaminya En. Sonny, mereka dikurniakan 3 orang anak.Kejayaan beliau bermula apabila anggota badan beliau mengalami kesakitan akibat factor usia dalam  bidang kerjayanya sebagai buruh. Selepas menggunakan produk kesihatan SNE Marketing Sdn. Bhd, beliau beransur-ansur sembuh dan berkongsi pengalaman dengan  kenalan sekerjanya.Kerjayanya sebagai buruh kasar jugalah yang membantu beliau mengembangkan sayap perniagaanya hingga ke Indonsesia.Ini adalah kerana sebagai buruh kasar  dan berkenalan dengan para buruh dari Indonesia, para buruh inilah merupakan   pembeli produknya yang terawal . Kini  para pekerja ini kembali ke Indonesia untuk membuka perniagaan mereka. Beliau juga bekerja keras siang malam selama 7 hari seminggu yang hingga kini ( tarikh artikel ini ditulis )  tanpa penat tetapi tetap sihat dan bertenaga setiap hari.Ini adalah kerana beliau menggunakan produk yang beliau jualkan.Tidak seperti jutawan lain , puan Jennifer Tan tidak duduk diam di pejabat tetapi terus bertemu para pelanggannya serta mendidik usahawan baru untuk melariskan produk jualannya.Hasrat murninya cuma satu iaitu berkongsi  pengalaman sembuh dan mendidik para pelanggan untuk kekal sihat.Pernigaannya kini lebih menumpukan kepada mendidik usahawan baru yang kebanyakkanya mendapat keyakinan tinggi mampu Berjaya melariskan perniagaan.Selain mendidik para pelanggannya menjadi Pengguna Bijak beliau juga menjadi mentor Pengguna Pintar dimana pengguna pintar ini kini sudah ada  bergelar Jutawan.Beliau yang tidak kedekut pengetahuan perniagaan juga amat prihatin membantu usahawan baru tanpa prejudis.Aura positif beliau  juga amat kuat setiap usahawan baru yang berminat melabur pasti akan melabur dalam pernigaan menjual produk kesihatan dan kecantikkan keluaran SNE Marketing Sdn. Bhd.Janji beliau untuk membantu usahawan baru ini mengembangkan perniagaan mereka sentiasa ditepati biarpun agak lewat pertemuan tersebut terjadi kerana temujanji yang amat padat hingga jam 3.30 pagi.Adalah dijangka perbelanjaan beliau pada setiap hari mencecah lebih RM500.00 hanya untuk memberi penjelasan kepada bakal usahawan dan usahawan baru namun mampu memperolehi pelaburan baru lebih daripada Ribuan ringgit.Teori perniagaan barat iaitu “ if you want to grow your business , helps those around you grow theirs “ ( sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan anda, bantu usahawan sekeliling anda berkembang) amat menjadi kepada Puan Jennifer Tan. Perniagaan beliau semakin kukuh kerana beliau setiap hari membantu perniagaan usahawan baru.

Faktor-faktor ikon ini Berjaya
1.       Biasa bekerja siang malam dari kecil kerana kemiskinan
2.       Belajar selok belok perniagaan dan sentiasa berfikir secara kreatif teknik pemasaran serta meningkatkan keuntungan
3.       Mengambil  Peluang yang datang dan memelihara peluang tersebut
4.       Menjual produk dari pengeluar tunggal di Dunia biarpun harganya tinggi
5.       Memakai produk yang dijual
6.       Yakin ianya mampu dijual kerana berbaloi


Rumusan
Setiap kita ingin keluar dari masalah kewangan untuk meneruskan hidup dan cara terbaik adalah melalui perniagaan.Andai kita tidak mahir atau tiada ilmu tentang perniagaan, kita boleh belajar melalui Mentor. Kita semua akui bahawa guru kita semasa di sekolah rendah dahulu yang mengajar kita membaca dan kini kita tahu membaca.Maka begitulah dalam bidang perniagaan, kita mesti mempunyai mentor ilmu perniagaan barulah kita lebih cepat mendapat hasilnya.Asas perniagaan amat mudah, kita beli harga borong, kita jual harga pasaran atau kita upah  perkhidmatan kepada pelanggan tentang servis perniagaan kita mengikut harga pasaran ataupun budi bicara.Saya juga kini sedang mempelajari selok belok perniagaan melalui Puan Jennifer Tan dalam bidang serta produk  yang diceburi oleh beliau.